Thursday, January 15, 2009

Dah nasib badan....

Tah kenapa tah...hari semalam memang malang nasib aku...Pagi-pagi lagi aku dah kopakkan cermin sisi kereta aku tu.hmmmm dah le tengah-tengah bulan, cermin keta pulak hampir patah poning dibuatnya....entah macam mana agaknya masa nak keluarkan keta pagi tadi, aku boleh langar pagar rumah aku....nasib baik cermin sisi aje yang patah kalau dengan pagar-pagar sekali rebah..lagi pening nak carik duit membetulkannya....hehehe...........
Hari nie juga dapat cerita anak saudaraku yang dekat seminggu di hospital dah boleh keluar...dia masuk hospital sebab kakinya yang luka telah menanah. Tak pasti apa yang dipijaknya dan bila, sedar-sedar aje dah menanah..kesian sungguh bila adikku bercerita time kena cuci sikit punya nangis...iyelah umur setahun so doktor tak bius..apa lagi sakit gilalah sampai kena ikat tangan dan kaki takut meronta.....

Friday, January 9, 2009

Candle Light Dinner

Hmmmm...tah kenapa agaknya semalam petang balik sahaja dari kerja jiran sebelah rumah beritau lektrik takda dari pukul 3 ptg lagi.....Aduh.....masalah nie nak masak lagi, buatnya macam hari tu sampai tengah malam lektrik takda naya sungguh....Terpaksalah selongkar kotak cari lilin, mujur ada tapi lilin wangi ajelah....oklah dari takda......
Haiqal merdekalah kejap petang tu sebab aku boleh teman dia bermain kat padang sekejap....lauk2 semua dah siap tinggal panaskan aje...cuma nasi ajelah tak masak...nak tunggu lektrik ada baru masak kononnya.......Malangnya sampai ayah haiqal balik, lektrik tetap takda juga, nak taknak kenalah masak guna dapur gas, dalam gelap lagi tu....padan muka aku, mujur tak hangus........hehehe
Makanya malam tadi kami makan bertemankan cahaya lilin sahajalah........Romantik ke?????....Tapi yang sakit hatinya cuma kawasan fasa 2 taman kami sahaja takda lektrik, orang-orang kat fasa 1 ok aje.........bukan ke menyakitkan hati namanya tu....Akhirnya dekat pukul 9 lebih malam tadi barulah lektrik ada.....mujurlah dia tak buat hal sampai ke tengah malam kalau tak harulah dengan nyamuk dan panas cuaca lagi..mau resah dan gelisah anak bujangku itu......

Thursday, January 8, 2009

Akhirnya.........

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan blog ku ini dengan penuh susah payah dan pening kepala. Harap-harap semuanya oklah kali nie...janganlah tetiba takda idea lagi macam hari tu.....boring jadinya aku....Banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk memastikan blog ku ini berjaya...