Hmmmm...tah kenapa agaknya semalam petang balik sahaja dari kerja jiran sebelah rumah beritau lektrik takda dari pukul 3 ptg lagi.....Aduh.....masalah nie nak masak lagi, buatnya macam hari tu sampai tengah malam lektrik takda naya sungguh....Terpaksalah selongkar kotak cari lilin, mujur ada tapi lilin wangi ajelah....oklah dari takda......
Haiqal merdekalah kejap petang tu sebab aku boleh teman dia bermain kat padang sekejap....lauk2 semua dah siap tinggal panaskan aje...cuma nasi ajelah tak masak...nak tunggu lektrik ada baru masak kononnya.......Malangnya sampai ayah haiqal balik, lektrik tetap takda juga, nak taknak kenalah masak guna dapur gas, dalam gelap lagi tu....padan muka aku, mujur tak hangus........hehehe
Makanya malam tadi kami makan bertemankan cahaya lilin sahajalah........Romantik ke?????....Tapi yang sakit hatinya cuma kawasan fasa 2 taman kami sahaja takda lektrik, orang-orang kat fasa 1 ok aje.........bukan ke menyakitkan hati namanya tu....Akhirnya dekat pukul 9 lebih malam tadi barulah lektrik ada.....mujurlah dia tak buat hal sampai ke tengah malam kalau tak harulah dengan nyamuk dan panas cuaca lagi..mau resah dan gelisah anak bujangku itu......
No comments:
Post a Comment