Monday, May 18, 2009

Hai....I'm back..


Hari nie nak cerita apa ya......sebenarnya takda idealah.. Bulan lepas dan bulan nie memang busy sekali...Kami meraikan anggota keluarga baru dalam keluarga mertua aku. Bukan apa adik ipar aku menikah..nantilah gambarnya akan aku downloadkan untuk tatapan semua..Letih sungguh. Mana taknya bermula dengan majlis dirumah mertua aku kemudian 3 minggu lepas tu majlis sambut menantu di rumah lelaki kat Johor Bahru..lotih asyik berulang dari kuantan ke Kota Tinggi. Dahlah aku nie asyik nak berhenti aje untuk buang air kecil..sepanjang jalan Kuantan ke Kota Tinggi pulak payah nak jumpa R & R atau stesen minyak, memang haru dibuatnya..
Dah tu awal bulan hari tu mertua aku pulak ikut balik kuantan, dok dengan aku seminggu..Bukan apa pengantin nak gie bulan madu kat Cameron so dlm perjalanan balik singgahlah kuantan berkunjung rumah aku disamping ambik mertua aku sekali..Seronoklah haiqal ada kawan..apa taknya atuk dia rajin melayan dan ikutkan aje kerenah cucunya tu..Yang bagusnya mak mertua aku tu rajin sikit so bila balik kije takdalah penat sangat nak mengemas dan memasak...hehhehe jahat aku kan..........terasa sunyi gak bila mereka semua dah balik..yelah memula ramai dan meriah tetiba senyap aje............................
Rasanya cukuplah untuk hari nie..nanti ada masa aku cerita lagi. Hmmm pasal gambar pulak nantilah bila rajin aku akan download sekali.....

Wednesday, March 25, 2009

Rindunya...........

Hmmmm.......lama dah rasanya daku tak menulis di dalam blog ini. Bukan apa sejak dua menjak nie kemalasan melanda ditambah dengan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan...lagilah liat nak bukak internet kat tempat aku nie......
Awal bulan lepas daku sekeluarga mendapat berita gembira. Akhirnya setelah 3 tahun kesunyian, anakku Haiqal akan bergelar abang long.. Daku disahkan hamil tiga bulan.....seronok sungguh. Harap-harap kali nie biarlah baby girl pulak..tapi kalau dapat baby boy pun kami tak kisah..Apa yang penting semuanya sihat, sempurna anggota dan selamat.
Kiranya ini hadiah hari lahir aku untuk tahun inilah.. Kalau tiga tahun lalu Haiqal adalah hadiah paling berharga untuk sambutan hari lahirku yang ke 30, berita kali ini juga adalah hadiah paling bernilai buat aku tahun ini.....Apa yang aku harap mudah-mudahan semuanya selamat..AMIN.......

Thursday, January 15, 2009

Dah nasib badan....

Tah kenapa tah...hari semalam memang malang nasib aku...Pagi-pagi lagi aku dah kopakkan cermin sisi kereta aku tu.hmmmm dah le tengah-tengah bulan, cermin keta pulak hampir patah poning dibuatnya....entah macam mana agaknya masa nak keluarkan keta pagi tadi, aku boleh langar pagar rumah aku....nasib baik cermin sisi aje yang patah kalau dengan pagar-pagar sekali rebah..lagi pening nak carik duit membetulkannya....hehehe...........
Hari nie juga dapat cerita anak saudaraku yang dekat seminggu di hospital dah boleh keluar...dia masuk hospital sebab kakinya yang luka telah menanah. Tak pasti apa yang dipijaknya dan bila, sedar-sedar aje dah menanah..kesian sungguh bila adikku bercerita time kena cuci sikit punya nangis...iyelah umur setahun so doktor tak bius..apa lagi sakit gilalah sampai kena ikat tangan dan kaki takut meronta.....

Friday, January 9, 2009

Candle Light Dinner

Hmmmm...tah kenapa agaknya semalam petang balik sahaja dari kerja jiran sebelah rumah beritau lektrik takda dari pukul 3 ptg lagi.....Aduh.....masalah nie nak masak lagi, buatnya macam hari tu sampai tengah malam lektrik takda naya sungguh....Terpaksalah selongkar kotak cari lilin, mujur ada tapi lilin wangi ajelah....oklah dari takda......
Haiqal merdekalah kejap petang tu sebab aku boleh teman dia bermain kat padang sekejap....lauk2 semua dah siap tinggal panaskan aje...cuma nasi ajelah tak masak...nak tunggu lektrik ada baru masak kononnya.......Malangnya sampai ayah haiqal balik, lektrik tetap takda juga, nak taknak kenalah masak guna dapur gas, dalam gelap lagi tu....padan muka aku, mujur tak hangus........hehehe
Makanya malam tadi kami makan bertemankan cahaya lilin sahajalah........Romantik ke?????....Tapi yang sakit hatinya cuma kawasan fasa 2 taman kami sahaja takda lektrik, orang-orang kat fasa 1 ok aje.........bukan ke menyakitkan hati namanya tu....Akhirnya dekat pukul 9 lebih malam tadi barulah lektrik ada.....mujurlah dia tak buat hal sampai ke tengah malam kalau tak harulah dengan nyamuk dan panas cuaca lagi..mau resah dan gelisah anak bujangku itu......

Thursday, January 8, 2009

Akhirnya.........

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan blog ku ini dengan penuh susah payah dan pening kepala. Harap-harap semuanya oklah kali nie...janganlah tetiba takda idea lagi macam hari tu.....boring jadinya aku....Banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk memastikan blog ku ini berjaya...