Hari nie aku kembali ke kuantan menanti saat-saat bersalin baby kedua ku setelah dua minggu bercuti di segamat...Dua minggu di segamat mengajar aku erti kasih sayang antara ibu, anak dan adik beradik..Betapa aku pada mulanya berasa lelah dan kecil hati dengan emak yang lebihkan ibu dia, sibuk dengan jaga nenek sampai aku dah pindah hampir setahun dia tak pernah lagi sampai kerumah baru ku..kini mengerti betapa besarnya pengorbanan ibuku menjaga nenek yang sakit disamping menahan perasaan akibat tingkah laku adik beradik yang lain..bukan berniat membuka pekong didada tapi hanya yang berada di tempat tersebut mengerti apa yang berlaku disebaliknya.......Akhirnya aku akur untuk berpantang dirumah nenek kerana aku faham perasaan mek dan nenek setelah 2 minggu bersama mereka....
Aku hanya berharap kali nie tuhan permudahkan aku untuk bersalin dan menghadapi dugaannya kerana emak hanya akan mula menjaga aku semasa dalam pantang nanti..oleh itu untuk tempah 1 hingga 2 minggu nie aku kenalah menjaga kesihatan dan diriku serta suami dan anakku baik-baik...
Suamiku juga baru balik dari Sarawak..seronoknya bila dia membelikan set barang kemas mutiara sebagai tanda kenangan buat ku dari sarawak..walaupun tidak semahal mutiara sabah atau secantik intan berlian namun ianya adalah tanda kenangan terindah bagiku darinya...terima kasih bang.........
No comments:
Post a Comment