Friday, March 5, 2010

Hi...i'm back





Rindunya dah lama tak mencatat sesuatu di sini. kesibukkan masa dgn tugas dan tanggungjawab membataskan aku untuk rajin2 mencatatkan sesuatu disini...
Aku telah selamat melahirkan seorang lagi baby boy..dah 5 bulan usia anak keduaku itu. Yang nie diberi nama Aidil Harris (kalau nak tau nie penanggan cerita nur kasihlah nie terus lekat nama Aidil tu...hehehe.......)
Haiqal pulak hari nie genaplah usianya 4 tahun. nampaknya dia sangat sayangkan adiknya walaupun ada waktu2 nya dia nampak cemburu tapi dia memang sayangkan adik dia. Alhamdullillah itulah harapan kami berdua semoga mereka berdua saling sayang menyayangi dan bantu membantu hingga ke akhir hayat. Amin...

Wednesday, August 19, 2009

SALAM RAMADHAN...

Bulan Ramadhan kini kembali...Petang nie pihak berwajib akan tengok anak bulan dan rasa-rasanya puasa akan bermula pada Sabtu nie...Tak tahulah berapa hari aku dapat menunaikan ibadah puasa kali nie sebabnya aku sedang menanti hari sahaja untuk bersalin..Nampaknya Ramadhan tahun nie kami juga bakal menerima ahli baru dalam keluarga..tak sabar menanti dibuatnya..
Habislah rancangan aku untuk sambut hari pertama puasa di kota tinggi..sebabnya kami tak berani nak berjalan jauh dengan keadaan aku yang semakin sarat.. Kesianlah mertua aku tahun nie kami tak dapat beraya di sana sebab aku dalam pantang...kemungkinan haiqal dan ayahnya sahaja yang akan balik sana sekejap untuk beraya........itu pun tak pasti lagilah......

Wednesday, August 12, 2009

Kini Aku Mengerti...

Hari nie aku kembali ke kuantan menanti saat-saat bersalin baby kedua ku setelah dua minggu bercuti di segamat...Dua minggu di segamat mengajar aku erti kasih sayang antara ibu, anak dan adik beradik..Betapa aku pada mulanya berasa lelah dan kecil hati dengan emak yang lebihkan ibu dia, sibuk dengan jaga nenek sampai aku dah pindah hampir setahun dia tak pernah lagi sampai kerumah baru ku..kini mengerti betapa besarnya pengorbanan ibuku menjaga nenek yang sakit disamping menahan perasaan akibat tingkah laku adik beradik yang lain..bukan berniat membuka pekong didada tapi hanya yang berada di tempat tersebut mengerti apa yang berlaku disebaliknya.......Akhirnya aku akur untuk berpantang dirumah nenek kerana aku faham perasaan mek dan nenek setelah 2 minggu bersama mereka....
Aku hanya berharap kali nie tuhan permudahkan aku untuk bersalin dan menghadapi dugaannya kerana emak hanya akan mula menjaga aku semasa dalam pantang nanti..oleh itu untuk tempah 1 hingga 2 minggu nie aku kenalah menjaga kesihatan dan diriku serta suami dan anakku baik-baik...
Suamiku juga baru balik dari Sarawak..seronoknya bila dia membelikan set barang kemas mutiara sebagai tanda kenangan buat ku dari sarawak..walaupun tidak semahal mutiara sabah atau secantik intan berlian namun ianya adalah tanda kenangan terindah bagiku darinya...terima kasih bang.........

Wednesday, July 8, 2009

Pernikahan menyingkap tabir rahsia

Buat Renungan Bersama

Untuk suami.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa
Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita
menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya
isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki
isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!



Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah
setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika
suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis
lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun
bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara . Cuma wanita akhir
zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak
berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof
seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri
secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah...

Monday, June 29, 2009

Orang baru.....

Pagi-pagi lagi adikku dah call..ada berita baik katanya.....rupa-rupanya bukan sahaja Haiqal bakal dapat adik tapi Qaira pun sama...hmmm bertambahlah cucu mak abah tahun nie...ok gak tu matlamat kami ahli2 Persatuan Sepupu harap2 tahun depan ahli keluarga nenek jejak 100 orang. kalau berdasarkan kiraan lebih kurang 10 ke 12 orang lagi cukuplah ahli keluarga kami 100 orang..

Tuesday, June 23, 2009

Bosannnnnnnnnnnnnn.............................................

Masuk hari nie dah lebih 2 minggu my hubby out station ke kota tinggi..bosannya dengan keadaan aku yang ngandung lagi...dengan haiqal yang kekadang buat perangai..semuanya memang menuntut kesabaran yang tinggi... baby aku kali nie entah kenapa tiap kali ayah dia out station mesti meragam, sakit sampai kekadang nak menangis dibuatnya..tak macam masa aku ngandungkan haiqal dulu...mujurlah jiran-jiran keliling ruma semuanya prihatin adalah yang menjenguk dan hulurkan bantuan sebab tau aku keseorangan dengan anak kecil dan ngandung pulak tu. haiqal pun dah boleh diharapkan bantuan dalam hal-hal yang asa takdalah rasa tertekan sangat..mujur gak anak teruna aku tu tak demam berpanjangan cuma dedar aje kejap badan dia hari tu..rindu kat ayahnyalah tu............

Tuesday, June 16, 2009

Besday Nenek........




Pada 13hb yang lepas aku balik segamat sebab kami mengadakan besday nenek yang ke 72 tahun dan juga hari keluarga.......memang meriah gila dengan 1001 permainan..yang seronoknya semuanya sporting samada pakcik,makcik,sepupu mahupun anak2 saudara semua..acara yang paling best adalah pakaian beragam, kotak beracun serta bowling padang.. tarian hindustan turut dihidangkan di mana che mah dan ain menjadi penarinya..memang klas...
pakaian beragam pula disertai oleh cucu-cucu serta cicit nenek yang masih bersekolah rendah seperti chemat,fifi,ashraf, anak kamal, anak ipin serta apit..mereka memakai sari, kebaya, baju hawaii...memang gempaklah.......
Semasa permainan kotak beracun memang semua peserta kelasssss dan sporting..mereka sanggup didenda walaupun terpaksa menari, menjerit, menyanyi dan sebagainya...malahan paklong dan maklong pun sporting tetap melakukan denda yang telah ditetapkan......
Acara terakhir adalah tarian poco-poco dan ditutup dengan makan durian...biasalah segamat memang terkenal dengan keenakan duriannya kan........Pada keesokkan harinya pula kami bergotong royong membersihkan kubur yang terletak bersebelahan rumah nenek..lepas makan tengahari berlaukkan ayam percik yang disediakan oleh Aunty Zarah dan suaminya kami pun bersiap-siap untuk pulang kerumah masing-masing......
Harapan kami semoga tahun depan dapatlah kami melakukan aktiviti ini lagi dan penyertaan dari ahli keluarga kami semuanya amatlah dialu-alukan...mana tahu ada rezeki semua ahli keluarga nenek dapat berkumpul semuanya...............